Zodiak Cina di negara lain Zodiak Cina

Bintang-bintang zodiak Cina juga digunakan oleh budaya-budaya selain Cina. Contohnya, haiwan-haiwan ini muncul dalam kad dan setem pos Tahun Baru Jepun. Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat dan negara-negara lain juga mengeluarkan setem pos "Year of the _____" ("Tahun _____") setiap tahun untuk mengenang warisan budaya Cina ini. Namun begitu, sesiapa yang tidak biasa dengan penggunaan kalendar qamari Cina biasanya cuma mengamnggap bahawa peralihan bintang zodiak berlaku pada 1 januari setiap tahun. Sesiapa yang serius mengenai aspek penilikan bintang zodiak boleh merujuk jadual-jadual di atas.

Zodiak Cina juga digunakan di beberapa negara Asia lain yang pernah dipengaruhi budaya Cina, namun adanya haiwan zodiak yang berbeza antara negara.

Asia Timur

Zodiak Vietnam hampir seiras dengan zodiak Cina kecuali bahawa bintang kedua ialah kerbau dan bukannya lembu, dan bintang keempat ialah kucing di tempat arnab. Zodiak Jepun menempatkan babi hutan di tempat babi, sementara zodiak Thai pula menempatkan sejenis ular besar legenda (yang juga dipanggil "naga") di tempat naga Cina.

Orang Turkik

Orang Hun Eropah memakai zodiak Cina lengkap dengan "naga", "khinzir" dan lain-lain. Zodiak bersama Cina-Turkik ini pernah digunakan di Bulgaria Balkan sebelum orang Bulgar memeluk bahasa Slavia dan agama Kristian ortodoks. Berikut ialah kalendar zodiak pagan Bulgaria Turkik atau Hun, yang berbeza daripada zodiak Yunani tetapi seiras dengan zodiak Cina:

Kalendar Torè

Nama-nama tahun

  1. Kuzgé - Tikus
  2. Shiger/Artom - Lembu
  3. Ügur/Myachè Ügur - Harimau
  4. Taushan - Arnab
  5. Samar/Birgün - Naga
  6. Dilan - Ular
  7. Tuki/Tykha - Kuda
  8. Téké - Biri-biri/Kambing
  9. Bichin, Michin - Kera
  10. Tavuk - Ayam
  11. It - Anjing
  12. Shushma - Babi

Di Kazakhstan, satu kitaran haiwan yang serupa dengan zodiak Cina juga digunakan, tetapi naga diganti oleh siput babi, dan harimau pula merupakan harimau bintang.